Wednesday, April 29, 2009

Isu Islam anak-anak...

Perspektif blogger ini ringkas saja...


Walaupun artikel 12  (4) menggariskan haluan berhubung isu ini, kita juga perlu ingat Perlembagaan hanya satu kod kasar yang terbuka kepada pelbagai tafsiran perundangan.

Islam agama rasmi majoriti penduduk Malaysia...oleh itu seharusnya pendirian pihak berkuasa Islam mempertahankan syiar dan dakwah (yang dituntut) Islam.

Oleh yang demikian,di sini idea liberalisme atau moderat dalam Islam tidak timbul sama sekali., Pihak berkuasa mesti bertegas dan memegang kepada pendirian kukuh demi Islam.

Sunday, April 19, 2009

PKR sebenarnya tahu persona Anwar...


Di Ijok pada 2007, Anwar mula menabur fitnah mengaitkan Najib dengan skandal komisyen pembelian pesawat sukhoi dan kapal selam scorpene. Untuk menyakinkan lagi tuduhan tersebut, dia mendakwa mempunyai maklumat dan dokumen seperti juga dakwaan kononya memiliki enam peti dokumen yang membuktikan amalam korup Mahathir.

Harga pembelian tentera adalah rahsia. Bagaimana Anwar boleh mendakwa mempunyai maklumat dan dokumen itu? Apakah ini drama lagi?

Atau mungkinkah Anwar memperolehi maklumat tersebut daripada pihak perisikan British atau organisasi-organisasi perisikan antarabangsa lain yang bersekongkol dengannya?

Tarikh perbicaraan sodomy II semakin dekat dan pintu penjara Sg Buloh sedang menggamit kepulangan anwar. Saiful pula membayangkan kewujudan video berhubung kes tersebut. Alasan Anwar ialah menidakkan kesahihan video itu dan mencipta alasan. Tapi nampaknya dia takkan berjaya.

Juga dengar khabar PKR maklum dgn kepincangan moral Anwar. Segala usaha membuat tohmahan kononnya Anwar diperangkap sekadar bertujuan memastikan Pakatan mencapai matlamatnya sebelum tarikh pemutusan mahkamah ke atas Anwar yang dirasakan begitu pasti.

Pakatan tidak dengan serius menafikan kepincangan moral Anwar. Apabila Karpal berkata mereka perlukan pemimpin lain, selaput kepura-puraan begitu tipis. Karpal sebenarnya berkata Anwar tidak pernah bersih dan seorang penjenayah.

Hanya 'political expediency' untuk menjaga permuafakatan pembangkang memaksa Karpal melapikkan kecamannya terhadap Anwar.

Saturday, April 18, 2009

Agenda licik seorang moderate


 

Anwar Ibrahim seorang 'moderat,' tetapi menjadi seorang moderate amat berbahaya.

Lebih mudah berurusan dengan seseorang yang ghairah melaungkan mesej-mesej radikal, tetapi tidak mempunyai sebarang keupayaan politik atau intelek untuk menterjemahkan segala radikalisme itu menjadi dasar. Juga mudah untuk memburuk dan menjatuhkan seorang yang radikal daripada menahan penularan pengaruh intelek yang dipunyai seorang moderat.

Dengan latar belakang radikal dan persona moderat masakini, dan pada umur menjangkau 60an, Anwar dengan segala muslihatnya mewakili satu kemampuan hebat untuk membawa Malaysia ke arah apa yang ditafsirkannya sebagai kebebasan sosial, ekonomi dan kemerdekaan. Apakah CIA inginkan seorang ahli politik sebegitu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Konspirasinya ialah supaya Anwar ditunggang terlebih dahulu bagi memastikan yang lain-lainnya akan turut serta.

Monday, April 13, 2009

So much for morals in Malaysia...


 

While not condoning any moral transgressions, whether it be within BN or elsewhere, one thing that we need is to get a firmer hold on things for the sake of our children. Henceforth, indiscretions by leaders, whether it is their private or personal rights must not be taken lightly...

What can we say about the fiasco surrounding Elizabeth Wong? No, she must not represent Bukit Lanjan anymore...

The following excerpt tells volumes about the convoluted moral mindset of the those in Pakatan:

"Eli has not done anything wrong to the Rakyat. What one does in the bedroom is nobody's business. Try telling the story to the Westerners, esp. the French. Carla Bruni even posed nude in a magazine - so what? She is still First Lady of France with lots of admirers (I would not ask our First Lady to do the same though ... ehemm...). I have not seen any nude pics of Eli, but I believe she has a great physique that other women envy. Who cares as long as Eli does her job well. Would you exchange her for a corrupted politician who would be more interested in his own pocket or someone not as good as her? What a pity to lose her."

Tuesday, April 7, 2009

Menyorot hasil di dua bukit...


ha

Jangkaan awal pengundi Cina akan berpaling kepada BN tidak berlaku.

Apa yang terjadi pengundi Cina di Bukit Gantang sebaliknya membelakangkan BN. Hanya 10 peratus pengundi Cina mengundi calon BN sementara baki 90 peratus lagi mengundi Nizar dan Pakatan.

Apa yang perhatikan parti-parti komponen BN, iaitu MCA dan Gerakan perlu mengkaji dengan mendalam apa yang berlaku. Jika Bukit Gantang dapat digunakan sebagai pengukur, pengundi Cina telah hampir sebulat suara menolak mereka!

Dalam pada itu statistik yang sama menunjukkan bahawa pengundi Melayu yang memilih BN sebenarnya telah bertambah...oleh itu, kita sama-sama tengok siapa yang menolak siapa di sini...

Sunday, April 5, 2009

Mereka yang mempertahankan Al-Quran di panggil monyet?


 

Peguam/blogger Harris Ibrahim menyanggah dan menyindir tindakan mulia sekumpulan orang Melayu yang membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggung jawab YB Ngar Kor Ming di IPD Taiping kelmarin.

Harris dengan jeliknya menyifatkan mereka sebagai monyet.

Premis kecamannya itu kerana seorang daripada kumpulan yang membuat laporan tersebut merupakan timbalan ketua cawangan UMNO bahagian Bagan Datoh. Itu menaikkan lagi kemarahan blogger berkenaan.

Bagaimanapun, hakikatnya, tidak kira samada laporan dibuat oleh orang UMNO, PAS atau siapa saja bagi mempertahankan maruah Islam, apa yang nyata tindakan itu perlu dilakukan.

Thursday, April 2, 2009

PAS TERSEPIT TANGKIS LABEL BONEKA DAP


Oleh:- Mawar Berdarah

PAS nampaknya semakin tersepit untuk mengikis label boneka DAP sehingga terpaksa menaikkan pelbagai kain rentang memujuk pengundi khususnya di kalangan orang Melayu mengundi calon mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Ini terbukti apabila jentera Pas mula memasang kain rentang mewajibkan umat Islam memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini, ujar EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Mohd Afandi Yusof.

Jelas Pas menggunakan kempen serampang dua mata. Di depan pengundi bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentiment Islam untuk mengugut pengundi Melayu.Jemaah Islam yang terbesar di negara ini ialah UMNO dan tidak timbul persoalan bahawa umat Islam wajib menyokong serta memilih Pas kerana terbukti UMNO dan BN berada pada landasan yang sebenar.

Justeru beliau berpendapat pengundi Melayu seharusnya memilih calon UMNO/BN dan menolak calon Pas kerana UMNO adalah jemaah Islam terbesar di negara ini.Menurut beliau hakikat berkenaan bukanlah satu retorik kosong sebaliknya berdasarkan pandangan yang disebut oleh seorang ulama besar, Imam As-Syatibi di dalam kitabnya Al-Ikhtisam.

“Beliau (Imam As-Syatibi ) menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan jemaah ialah kumpulan umat Islam terbesar yang bersatu dengan pemerintah.. Justeru adalah jelas dan nyata bahawa UMNO adalah kumpulan umat Islam yang terbesar yang bersatu dengan pemerintah, malah mereka juga adalah golongan pemerintah”, katanya.Beliau berkata demikian kepada laman web Pemuda sebagai mengulas tindakan pihak-pihak tertentu yang menaikkan kain rentang kononnya umat Islam wajib memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tegas beliau lagi BN sebenarnya sebuah parti telah banyak berjasa kepada negara ini berbanding Pas.

Katanya kelahiran tokoh-tokoh pemimpin Pas hari ini adalah hasil pembangunan kerajaan yang ditunjangi oleh BN yang mana telah membentuk satu sistem pendidikan yang baik sehingga pemimpin berkenaan mencapai kejayaan dalam beberapa bidang termasuk professional.”Begitu juga dalam soal kebajikan, pertahanan, keamanan untuk semua serta banyak lagi yang boleh kita huraikan. Adakah ini dikatakan tidak berjasa. Saya nak tanya pemimpin Pas pula…apakah jasa mereka…Janganlah menidakkan jasa BN dan menggunakan agama semata-mata untuk meraih undi sempena pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang”, ujarnya.

DAP Berjanji Akan Hapus Hak Melayu


Pada 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu. "Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil" ujar Guan Eng. Maka tidak menghairankan, mengapa Guan Eng menghapuskan Dasar Ekonomi Baru bila menang sahaja di Pulau Pinang pada 13 Mac 2008.


Nik Aziz telah menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh dari DAP. Apa akan jadi kalau Guan Eng atau Kit Siang menjadi Perdana Menteri? "Tidak mustahil jika rakyat Malaysia menerima Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang sebagai bakal calon Perdana Menteri berdasarkan kriteria bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia" ujar Dr Chen Man Hin (Bekas Pengerusi DAP) dalam Utusan Malaysia, 4 Jun 1999. Nampaknya pakatan pembangkang memang sudah merancang untuk mengilirkan jawatan Perdana Menteri pada ketika itu. PAS dan Keadilan sanggup beri kuasa pada DAP semata-mata untuk jatuhkan kuasa orang Melayu.

Jika satu kerusi parlimen lagi diberikan kepada PAS, lambat laun DAP akan menuntut apa yang dijanjikannya. Nik Aziz pun sudah bersetuju dengan mereka. Terjaminkah hak orang Melayu kalau PAS gagal bertegas dengan DAP tentang hak orang Melayu? Untuk apa lagi pilih PAS, jika PAS gagal untuk martabatkan kekuatan orang Melayu dalam Parlimen. Berilah kekuatan itu pada UMNO untuk terus bersama dengan kepimpinan baru di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak. Cukuplah sekali tersilap undi PAS di Bukit Gantang. Kali ini undi itu adalah untuk menghukum penderhaka dan pengadai tanah orang Melayu.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)