Sunday, January 20, 2008

Bar Council ibaratkan "pot calling the kettle black!".


Bukan saja V.K. Lingam, Majlis Peguam juga pernah melobi orang mereka untuk menjadi Hakim.

Gopal Sri Ram semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan turut diketengahkn oleh Majlis Peguam sebagai Presiden Mahkahmah Rayuan. Beliau secara peribadi telah mencuba dua kali untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi gagal dan permohonan temu janjinya pun ditolak.

Seorang Setiausaha Politik Tun Mahathir ketika itu yang mantan pengamal undang-undang pernah diundang oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain, Bruce Cleghorn ke kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, untuk makan malam. Setibanya disana didapati seluruh Exco Majlis Peguam hadir sama dan masing-masing mempunyai calon untuk diketengahkan sebagai Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo & Presiden Mahkamah Rayuan.

Nampaknya Exco Majlis Peguam sendiri mengamal amalan 'melobi' atas apa jua alasan. Majlis Peguam sekarang jelas telah dipengaruhi oleh sistem nilai Barat serta agen-agennya untuk menghasut rakyat.

Sebagai kesimpulan, Majlis Peguam sebenarnya wajar dipersalahkan sekiranya keyakinan ke atas Badan Kehakiman menurun. Ini adalah kerana personaliti dalam NGO eksklusif dan elitis itu sendiri "mengata dulang,paku serpih..." atau bidalan Inggerisnya "pot calling the kettle black!".

Friday, January 18, 2008

Nik Aziz tidak yakin dengan PKR


 

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".

Malahan, katanya, Pas lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat Pas di Kota Baru kelmarin, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman Pas menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980an dan awal tahun 90an.

"Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.

Pada pilihan raya umum 2004, PKR bertanding tiga kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di Kelantan tetapi tewas kesemuanya.

Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Nik Aziz berkata Pas akan menyertai pilihan raya selagi sistem itu membolehkannya untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak mungkin Pas menolaknya dan menggunakan kekerasan dalam mendapat kuasa, katanya ketika ditanya oleh wakil Metro TV dari Indonesia mengenai kedudukan Pas dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu," katanya.

Friday, January 11, 2008

Perspektif PAS yang Sempit


 

Walaupun PAS mewarwarkan diri sebagai parti Islam, hakikatnya bukan hanya PAS yang banyak membantu umat Islam negara lain. UMNO membantu di Acheh, Bosnia, Sudan, Kemboja dan sekarang memberi pekerjaan kepada umat Islam dari Bangladesh, Indonesia dan lain-lain negara.

Ini bermakna UMNO menegakkan Kebangsaan berpandukan Islam.

Bagaimanapun, penyokong PAS sebaliknya bersekongkol dengan HINDRAF , Bar Council dan BERSIH dalam agenda untuk menghancurkan Malaysia melalui sokongan Gerakan Yahudi/Nasrani di atas nama Demokrasi & Kebebasan Asasi, walaupun Demokrasi dan Hak Asasi yang mereka anjurkan tidak mengikut demokrasi dan hak asasi acuan Islam. Cuba lihat kepada InterFaith Council... usaha dan sokongan siapa? Kenapa PAS dan Anwar diam? Siapa yang terpesung?

Nik Aziz menulis dalam akhbar ke-2 PAS, iaitu Wasilah keluaran 25 Disember -5 Januari. Beliau menuduh UMNO sebagai hanya hendakkan Islam sewaktu terdesak. Beliau juga menuduh UMNO bertuhankan fahaman kebangsaan selain melahirkan tohmahan bahawa UMNO menolak agama.

TPM dibantai di muka depan edisi terbaru Harakah (16-31 Januari) kerana dikatakan terlalu vokal membantai PAS. Tapi inilah politik. Kadangkala serangan adalah pertahanan paling berkesan.

PAS hanya pandai bercakap, tapi sejak ia memerintah Kelantan, kes-kes bersabit dadah dan HIV meningkat. PAS pernah mendakwa negeri yang ditadbirkan mereka tidak akan diturunkan bala...habis, baru-baru ni banjir yang berlaku di sana tu apa?

Wednesday, January 2, 2008

Biarkan Chong Kah Kiat Masuk DAP!

Dari Blog Publius Melayu


Kalau Chong Kah Kiat nak sertai DAP di Sabah, biarkan. Kenyataan Najib baru-baru ini amat jelas.

Adalah sangat karut bagi BA membuat janji untuk menurunkan harga minyak mendadak selepas menang (jika menang?) Pilihanraya Umum kelak. Apakah mereka tak tahu harga minyak adalah monopoli dan manipulasi cartel Yahudi? Negara-negara pengeluar sudah pun menambahkan pengeluaran!

Jelas BA nak bangkrapkan negara supaya senang Malaysia berhutang dengan World Bank, IMF dan lain-lain organisasi Zionis/Nasrani.

Kalau PAS ikut Anwar, PAS pun boleh jadi alat Yahudi. Satu dunia sudah nampak agenda Amerika. Tak mungkin Anwar Ibrahim tak nampak! Tapi dia nampaknya sudah menjadi alat Yahudi Syaitan Amerika....mana boleh berpatah balik?

Dah tu, apa yang patut kita harapkan daripada seseorang yang hanya mendapat kelulusan Ijazah Am dalam Pengajian Melayu?...dan itu pun selepas selepads LIMA tahun belajar!

A Foolhardy Message in a Bottle


From Publius Melayu Blog

Early indications show its quite likely non- Malay voters have been persuaded to "SEND A MESSAGE" to the government come this elections. Foolhardy maybe, but that's the result of entertaining lofty ideals of having a more transparent and supposedly open government when the media and economy are still subverted.

Malay/Muslim Majority seats alone are not sufficient to garner 2/3 majority. A simple majority will invite more challenges after elections. Hence, the Prime Minister and the Muslim cabinet ministers, among others, should focus efforts on Malay Majority seats in the East Coast, North, Sabah & Sarawak.

Very close and thorough scrutiny of candidates for such seats is incumbent. Hard-core poor in such seats are understandably sceptical. Derailed development machinery is the chief culprit to blame. Meanwhile, all signs show there are invisible hands meddling in our democracy and media. Malaysia is the only Muslim country identified by Israel's Benjamin Netanyahu after 9/11 that has not yet been taken over by chaos and violent internal strife or pressured openly by the Anglo-Saxons. Hard luck if the government doesnt realise this. For all we know, 50 years of stablity may well vanish.

Power sharing works when all partners are honest and sincere with one another. Now that the non-Muslims think they can "send a message" (and not bear the consequences?), it's about time the Malays/Muslim Bumiputras hand over all Parliamentary seats to BN and give more control to UMNO.

Monday, December 31, 2007

Kisah Anwar dengan Wolfowitz


Dipetik dari blog Publius Melayu


Fakta Anwar bercanggah dgn perbuatannya :

i. Dia menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia. Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.

Ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Wolfowitz telah terbang ke Munich untuk menziarahnya. Perbincangan empat mata itu mengambil masa hampir satu jam. Ia disusuli dengan lawatan Anwar ke Pentagon untuk satu pertemuan dengan kawan rapatnya itu pada 28 Februari 2005. Ketika itu Wolfowitz memegang portfolio sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Perbincangan di antara amereka memakan masa dua jam.

ii. Dia menafikan yang dia melantik Shah Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future (FFF), sedangkan terdapat bukti surat yang ditulis oleh Anwar kepada Bank Dunia meminta Shah Riza dipindah ke FFF. Surat yang ditandatangani Anwar itu dijadikan bahan bukti dalam siasatan Jawatankuasa Disiplin kes penyelewengan Wolfowitz di Bank Dunia.

iii. Dia menafikan yang dia anti-Sadam Hussein
sedangkan dia pernah menulis surat kepada Wolfowitz ketika berada di penjara mengecam tindakan militan Muslim yang menyerang Pusat Perdagangan Dunia, WTC di New York pada 9 September 2001 dan seterusnya mengkritik Saddam Hussein sebagai Presiden Iraq yang diktator.

iii. Dia menafikan semasa pertemuan dengan Wolfowitz mereka tidak membincangkan agenda peribadi selain semata-mata mendesak Amerika supaya jangan menyerang Iraq sedangkan hasil pertemuan itu memberi imbuhan kepada Anwar seperti berikut:

  1. Anwar jadi pelobi Wolfowitz.

    Pada Mac 2005, Anwar berkempen di seluruh dunia menggesa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Dalam wawancara berita Bloomberg bertarikh Mac 24, 2005 Anwar Ibrahim yang disebut sebagai di antara satu-satunya kawan baik Wolfowitz telah melahirkan kepercayaan bahawa Wolfowitz amat komited dengan agenda kebebasan dan memahami sepenuhnya isu-isu kemiskinan, alam sekitar dan kesihatan. Agenda-agenda tersebut secara kebetulan juga adalah agenda Bank Dunia. Bank Dunia dikuasai penuh oleh Washington. Ia seringkali digunakan oleh sektor korporat Amerika sebagai alat untuk menjahanamkan sektor swasta dan ekonomi negara-negara dunia ketiga. Tindakan-tindakan tersebut ialah bagi membuka jalan untuk sektor korporat Amerika membeli saham kepunyaan syarikat-syarikat dunia ketiga selain memaksa syarikat yang tenat meminjam dari IMF dan Bank Dunia.

  2. Anwar dilantik fellow kehormat di Johns Hopkins University.

    Menurut penulis Michael Bilington, "pada 2004 semasa dibebaskan dari penjara, Anwar 'disambut' oleh dua sekutu rapatnya, iaitu Al Gore dan Paul Wolfowitz. Wolfowitz ketika itu terbabit dengan tindakan mendalangi pertukaran rejim di Iraq melalui kekuasaan tentera. Wolfowitz dikatakan mengatur supaya Anwar diberi perlantikan di School of Advanced International Studies (SAIS), John Hopkins University, Washington.

  3. Anwar dilantik Perunding Bank Dunia (governance & accountability). Semasa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, dia telah memberi kontrak bernilai AS$21,000 kepada Anwar bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Ketika itu Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia.

  4. Anwar dilantik Chairman Foundation For The Future (FFF) pada 15 Julai 2006.

  5. Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF. Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang. Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara.

Wednesday, December 26, 2007

Dibelasah kerana membantu mangsa keputusan bekalan air


Seorang kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang cedera dipukul seorang penduduk kampung di Bukit Goh, Kuantan Selasa lalu dipercayai akibat rasa tidak puas hati dengan pengagihan bekalan air.

Azman Mohamad, 31, berkata beliau dipukul dengan kayu di bahagian belakang badan dan tangan ketika menghantar bekalan air di kawasan tersebut yang mengalami masalah gangguan sejak dua minggu lepas.

Katanya ketika beliau sedang mengisi air ke dalam tong di sebuah rumah, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60an tiba-tiba datang dari belakang dan terus memukulnya dengan kayu.

"Saya lari ke dalam lori dan mengunci pintu kerana dia juga cuba mencederakan seorang rakan saya yang berada dalam lori," katanya kepada pemberita di pejabat JBA di sini.

Azman diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Penduduk di kawasan Bukit Goh terpaksa mencatu air untuk kegunaan harian dan hanya bergantung kepada bekalan air dari lori tangki JBA setiap hari sejak dua minggu lepas apabila saluran pam yang membekalkan air bersih ke kawasan itu tersumbat akibat tanah runtuh.

Pengarah JBA Pahang Datuk Ismail Nor ketika diminta mengulas tentang kejadian itu melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan berkata JBA sedang berusaha menangani masalah bekalan air di kawasan terbabit. "Semua pihak perlu bersabar dan bertolak ansur," katanya.

Ismail berkata bekalan air yang dihantar tidak akan mencukupi jika ada penduduk bersikap tamak dengan menyimpan air dengan banyak.