Thursday, July 12, 2007

STRATEGI PKR BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-12

Dalam perbualan Anwar Ibrahim bersama Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Selvakumaran (ahli PKR), Haji Rahman (penyokong Khalid Ibrahim), Haji Yusof (pencadang Khalid Ibrahim) dan Khalid Ibrahim (calon PKR) di Restoran Cina, Batang Berjuntai (semasa kempen PKR Ijok), Anwar menyatakan PKR telah bersiap sedia untuk menawan Sabah dan Sarawak.

Ramai yang berpendapat penyataan Anwar itu adalah berikutan ‘arahan’ yang diberikan oleh mentornya, Amerika Syarikat dan CIA. Selari dengan itu juga maka segala jentera subversif yang telah diaturkan di beberapa tempat di Malaysia mula dihidupkan. Ini termasuk agenda tersembunyi pihak penyebar agama Kristian Protestan yang telah ama bercita-cita untuk mengembangkan dengan lebih meluas lagi jangkauan pengaruhnya di Indonesia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Juga bukan secara kebetulan pada masa yang sama PKR semakin agresif bersekongkol dengan sekutunya dari luar itu bagi memastikan pengundi di sana menolak BN. Sementara elemen serta agen-agen pelbagai rupa dan muka mengketengahkan agenda masing-masing ke arah satu matlamat, PKR sendiri sedang pesat memporak-perandakan PBB di Sarawak dan UMNO di Sabah.

Anwar mendakwa sekarang ini kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak cukup aktif untuk menjayakan misi tersebut. Di Semenanjung, negeri-negeri sasarannya ialah:

i. Pakatan PAS dan PKR yang akan bertumpu di Perlis, Kedah, Kelanta, Terengganu, Pahang dan Perak.

ii. PKR di Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

iii. Kerjasama PKR dan DAP di Pulau Pinang, Perak (kawasan majoriti Cina) dan Wilayah Persekutuan.

Negeri Sembilan dan Melaka tiada dalam senarai negeri yang menjadi tumpuan. Kita tak pasti kenapa tetapi DAP berhajat bertanding di kedua-dua negeri tersebut.

Anwar menyatakan di Sabah 17,000 orang sudah mengisytiharkan hasrat untuk menyertai PKR mengikut Jeffrey Pairin Kitingan (Pengerusi PKR Sabah). Anwar berkata Pairin sedang melaksanakan misi khusus ini di kalangan kaumnya (Kadazan Dusun).

Anwar juga menyatakan kepada wartawan Malayan Nanban (akhbar Tamil) bahawa semua kaum perlu ditangani dengan pendekatan yang berbeza dan dia akan menggunakan semua sumber yang ada (bermaksud: apa jua cara) untuk menghadapi pilihanaraya umum nanti.