Friday, September 5, 2008

Habis madu sepah dibuang...


Pembunuhan (kematian) President ke 6 Pakistan Mohamad Zia ul Haq dalam satu nahas udara pesawat C130 pada 17 August 1988 satu komplot yang turut dirancang agensi perisikan Israel, MOSSAD. Komplot pembunuhan itu mempunyai kaitan rapat dengan kebimbangan Pakistan akan mendahului India dalam perlumbaan senjata nuklear selain menghalang Zia daripada terus mempengaruhi dasar luar Amerika.

Shah Iran, Mohamad Reza Shah Pahlavi digulingkan oleh campur tangan agensi perisik British dan Amerika dalam usaha menyokong pergerakan persaudaraan Islam yang menyokong Khomeini. Motif Amerika dan British sebenarnya ialah supaya revolusi Islam akan merebak merangkumi wilyaha-wilayah Kurdish, Armenia, Lubnan Maronit, Ethiopia Koptik, Azerbaijan Turki dan lain-lain. Rancangan itu diharap juga merangkumi wilayah-wilayah Islam Soviet Union yang begitu digeruni negara barat.

Pembunuhan Benazir Bhutto juga mempunyai kaitan dengan kekhuatiran yang sama sebelum Zia ul-haq dibunuh. Secara ringkas ia berikutan kemungkinan senjata nuklear jatuh ke tangan pihak anti-Amerika dan anti-Israel.

Senarai konspirasi gelap CIA/MOSSAD yang masih berjalan turut membabitkan Presiden Nicaragua Daniel Ortega, falsafah Islam Ismail al-Faruqi dan Osama Laden yang masing-masing dikatakan pernah menjadi agen secara sedar atau tidak. Mereka dinaikkan sebagai pemimpin selagi mereka berguna kepada Amerika/Yahudi. Sebaik sahaja mereka berpaling tadah atau engkar atau tidak berguna lagi, mereka di bunuh. Cuma Osama sahaja yang mereka masih gagal bunuh.

Anwar begitu terdesak hendak menjadi PM kerana dia pun tahu jika dia gagal bayangan apa yang berlaku kepada tokoh-tokoh 'seperjuangan' di serata dunia akan terus menghantuinya.