Friday, July 10, 2009

MB Selangor tidak percaya orang Melayu...


16 orang kakitangan tetap Pejabat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah ditukarkan ke bahagian lain...kenapa?

Kerana dia tidak percaya kepada orang Melayu la...

Mereka sebaliknya digantikan dengan sekumpulan 16 orang kakitangan kontrak yang lebih berkaliber dengan purata gaji dan elaun agak tinggi bagi seseorang pegawai rendah kerajaan.

Mereka diambil di atas dasar kononnya mempunyai tahap integriti tinggi. Integriti di mata siapa? Di mata Khalid, lah...

Untuk membiayai 16 pegawai ini pejabat MB Selangor perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 384,000 setahun...