"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan"
Setelah diperiksa kini jelas terbukti Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut untuk menyembunyikan fakta sebenar. Ia bercanggah dengan kenyataan dari Jabatan Negara Amerika yang menyebut sehingga kini beberapa pihak telah menyumbangkan lebih AS$50 juta kepada pertubuhan itu. Jumlah ini termasuk AS$35 juta yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat menerusi Middle East Partnership Initiative (MEPI). Di antara penyumbang termasuk Bahrain, Denmark, Suruhanjaya Eropah (EC), Greece, Hungary, Itali, Jordan, Netherlands, Switzerland, Turki, Qatar dan United Kingdom.
Kenyataan Anwar yang dibuat pada 20 Mei 2007, ketika isu bersabit yayasan Foundation for the Future itu menjadi fokus utama media
Menurut kenyataan yang tersiar dalam blog beliau (anwaribrahim 3.5), Anwar berkata, “Walaupun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi.
Beliau sengaja menggunakan istilah ‘Pemerintah’ bagi mengaburkan maksudnya. Persoalannya, siapakah dan negara manakah yang dimaksudkan dengan ‘Pemerintah’ Yayasan itu? Adakah
Pada 23 September 2006, Sandra Day O’Connor telah membawa Jawatankuasa Eksekutif Yayasaan (
Persoalannya, jika Amerika Syarikat tidak membantu, mengapa Jawatankuasa Eksekutif perlu mengadakan perbincangan tertutup atau menghantar laporan gerak kerja kepada Jabatan Negara Amerika?