"Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara"
Sekali imbas memang ramai yang akan terpengaruh dengan penyataan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Bagaimanapun, hakikatnya amat ketara berbeza daripada apa yang ditegakkan beliau.
Berbeza daripada deskripsi yang diberikan, pertubuhan Foundation of the Future (FFF) tidak langsung bebas. Ia sebaliknya jelas condong dan pro kepada Amerika Syarikat. Ini terbukti kerana pertubuhan tersebut diletakkan di bawah penguasaan Elizabeth Cheney, anak kepada Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney.
Dalam pada itu,
Pertukaran Riza keluar dari Bank Dunia adalah berupa langkah bagi melindunginya daripada konflik kepentingan peribadi dalam skandal bersama Wolfowitz.
Kepakaran Riza dalam hal ehwal Timur Tengah dan Afrika Utara adalah berikutan pengalaman yang diperolehi sepanjang perkhidmatannya sebagai ‘Senior Gender Specialist in the Middle East & North African Social and Economic Development Groups’ dan juga sebagai ‘Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa regional Office (MENA).
Ketika memegang kedua-dua jawatan tersebut Riza telah mencadangkan kepada
Anwar Ibrahim pernah menjadi perunding hal ehwal pentadbiran dan akauntibiliti Bank Dunia. Beliau kini Visiting Fellow and Senior Associate Member di St. Anthony's College, Oxford University, England; Distinguished Senior Associate Member John Hopkins School of Advanced International Studies, John Hopkins University, Washington DC dan Distinguished Visiting Professor di School of Foreign Service, Georgetown University, Amerika Syarikat.
Berdasarkan perlantikannya sebagai diplomat jemputan dalam Majlis Perhubungan Luar Negeri (Council of Foreign Relations) di New York, beliau dianggap ‘duta Amerika Syarikat’ di negara-negara Islam Timur Tengah, Afrika Utara, Asia dan Asia Tenggara. Dalam hairarki Jabatan Negara Amerika, beliau bertugas di bawah Riza yang diketuai Elizabeth Cheney.
Sementara itu, Rahma Bouqia, Pengerusi Yayasan, adalah Presiden University Hassan II Mahommedia yang di antara lain mendapat tajaan pembiayaan sebanyak AS$124,000 daripada agensi pembangunan antarabangsa Amerika Syarikat, USAID dan Networks for Financial Institute (NFI). Beliau juga seorang ejen Amerika Syarikat dalam memperjuangkan hak-hak asasi wanita di Maghribi dan Timur Tengah.
Bakhtiar Amin ialah pengasas Iraqi Institute of Democracy (Institut Demokrasi Iraq, yang mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat) dan ditaja USAID, The National Endowment of Democracy (NED), The National Democratic Institute (NDI), The International Republican Institute (IRI) dan The United States Institute of Peace.
Beliau dilantik oleh Amerika Syarikat sebagai Menteri Hak Asasi Manusia