Tuesday, March 25, 2008

Pemilihan UMNO tidak patut ditunda


Dipetik dari blog Lenggong Valley


Jawatankuasa perhubungan UMNO negeri yang berjumpa dengan Pak Lah hujung minggu lalu sekata meminta supaya pemilihan parti ditunda ke tahun hadapan.

Rasional yang diberikan kerana khuatir jika diadakan pada Ogos ini ia mungkin memudaratkan parti. Sehubungan itu mereka berpendapat fokus sekarang ini patut ditumpukan kepada usaha memulihkan UMNO.

Komen Blogger:

Yang nyata UMNO amat memerlukan pemulihan segera. Sebarang penyakit sebaik-baiknya dikesan, dikenalpasti dan diubati pada peringkat awal.

Masalah yang dihadapi UMNO memang ketara sekali kini dan sememangnya perlu diadakan perbincangan dan pemilihan seberapa segera. Ini kerana pemilihan melalui pilihan raya parti adalah di antara satu-satunya ubat yang mujarab untuk UMNO.

Bukankah langkah perubatan melalui pemilihan awal satu cara ideal bagi memulihkan UMNO?