Monday, May 12, 2008

Maksud patriotisme dalam konteks kontrak sosial


 

Patriotisme adalah mengenai agenda kontrak sosial melalui perkongsian kuasa berpaksikan ketuanan Melayu (menghormati tuan rumah).

Di Malaysia kaum bukan Melayu bukannya menjadi hamba. Ini nyata walaupun pecahan menyaksikan ekuiti ekonomi Melayu hanya 19% dan profesional hanya 35% walaupun peratusan bilangan orang Melayu 65%.

Dalam pada itu cuma ada SRJK (Tamil) dan SRJK (Cina) sementara bahasa Tamil dan Mandarin pula di ajar di SMK/SK.

Dasar ini seolah-olah mengakui ketuanan Cina/India. Pendatang/imigran mesti menyesuaikan diri di negara yang dikunjungi - negara yang memberikan kerakyatan kepada mereka. Semua mesti akur kepada segala keperluan dan sekiranya tidak menyetujuinya, mereka bebas untuk berhijrah ke negara lain.

Mana ada negara lain yang sanggup membenar diadakan SRJK?