Keceluparan mulut dua orang pemimpin DAP, Dr Boo Cheng Hau dan Dr Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hingga tergamak menyamakan Dasar Ekonomi Baru dengan Dasar Aparteid tidak lebih dari sikap biadap dan kurang ajar yang tidak sama sekali menghormati pengorbanan orang Melayu yang lebih dari 200 tahun di pinggirkan oleh dasar penjajah British yang hanya memberikan segala peluang kepada kaum pendatang dengan sama sekali membiarkan masyarakat pribumi terus terpinggir di tanah air sendiri. Kedua-dua nya yang bukan sahaja buta sejarah malah buta hati , lupa bahawa di bumi yang mereka sifatkan mengamalkan Dasar Apartied ini lah datuk nenek mereka yang hanya datang sehelai sepinggang untuk menjadi imigran ekonomi, yang tidak berhasrat bermastautin di sini bukan sahaja menimba kekayaan tanpa had tetapi juga memberi peluang kepada orang seperti mereka mendapat gelaran doctor , malah mampu menjadi Timbalan Ketua Menteri walau pun kaum mereka hanya merupakan kaum minoriti berbanding orang Melayu.
Walaupun datang tidak berjemput pergi tidak berhantar, orang Melayu sebagai bangsa yang berbudaya bukan sahaja tidak pernah mengungkit-ungkit malah membiarkan sahaja segala kekayaan negara ini terus di kuasai oleh kaum lain atas dasar tolak ansur yang telah di persetujui bersama oleh datuk nenek mereka dengan syarat kaum lain tidak mempertikaikan hak seperti yang telah termaktub di dalam Kontrak Sosial walau pun kini ramai telah mempersoalkan nya bukan sahaja dikalangan kaum bukan Melayu malah di kalangan orang Melayu sendiri terutama dikalangan mereka yang sudah sanggup menggadai agama demi kepentingan politik , menghalalkan cara asalkan matlamat politik mereka tercapai. Pemimpin agung mereka secara terang terang mengkritik DEB sedangkan majority dari anak cucu mereka mendapat nikmat. Ini termasuk lah sebahagian malah hampir keseluruhan Ahli Parlimen mereka mampu menjejakan kaki ke menara gading dan di hantar ke luar negara atas dasar yang mereka sendiri kini persoalkan. Perangai menggigit tangan yang menyuap ke mulut mereka sebenar sama sekali bertentangan dengan apa yang di ajar oleh Islam.
Hampir 154 tahun sejak sekolah Inggeris pertama Penang Free School ditubuhkan, pada tahun yang sama sekolah Cina dan sekolah Tamil pertama di tubuhkan, pribumi hanya sekadar menjadi penonton. Hanya 40 tahun selepas itu, pada tahun 1856 sekolah Melayu pertama di tubuhkan itu pun hanya seta setakat Darjah 5 , dimana 30 tahun selepas itu di turunkan ke darjah 4, takut takut pribumi yang berpendidikan bangun menentang mereka, sedangkan kaum Cina dan India mampu menyambung hingga ke SeniorCambridge seterus nya ke Raffles College dan King Edward Medical College atau terus ke UK, Australia atau Hong Kong. Kecuali segulungan kecil anak gulungan aristocrat yang di pilih ke Malay College bermula tahun 1905 yang setelah tamat pengajian di lantik menjadi Pegawai British, rata rata kaum pribumi di pinggirkan terus dari mendapat pendidikan. Hanya pada tahun 1930 dasar terbuka penjajah membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris ia itu 114 tahun kemudian. Tidak pernah kah Bo Cheng atau Ramasamy terpikir berapa ramai professional Cina dan India yang wujud dalam jangkan masa tersebut berbanding bangsa Melayu yang kaki dan tangan mereka di ikat dengan berbagai sekatan. Siapa sebenar nya mangsa Aparteid ? Pribumi atau kaum pendatang ?
Pernahkah datuk nenek kami mempersoalkan tentang meritokrasi ? Pernahkah kaum pribumi melabel kan kaum lain dengan pelbagai kehinaan. Kalaulah Bo Cheng dan Ramasamy bersikap seperti Tan Cheng Lock atau Tun Sambanthan , tidak mungkin kedua dua nya tergamak melabelkan dasar DEB yang sama sama di gubal oleh pemimpin mereka terdahulu sebagai sama dengan Dasar Aparteid. Bangsa Melayu berpegang kepada pepatah biar kurang makan tapi jangan kurang ajar. Kaum lain juga sepatutnya tahu di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Lihatlah kaum mereka di Fiji, Uganda malah di tanah asal mereka sendiri belum tentu mereka berjaya hingga mampu menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau pun ADUN. Malah seawal pilihanraya pertama 1959, walau pun pribumi merupakan 86% dari pengundi berdaftar kaum Cina dan India atas dasar tolak ansur di berikan 15 kerusi dari 55 kerusi yang di pertandingkan. Asas yang sama di gunakan hingga sekarang. Tetapi jangan lah orang Melayu dipersalahkan bila kerusi yang di peruntukan di rampas oleh pembangkang. Sepatutnya mereka membuat muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan UMNO yang sekian lama mengamalkan dasar tolak ansur.
Malah dengan dasar adil DEB ini lah ramai anak anak pemimpin pembangkang berpeluang menjadi terpelajar dan kembali menentang orang yang menyuap mereka. Mungkin juga ada benarnya dasar penjajah untuk tidak memberikan pendidikan tinggi kepada anak tempatan ! DEB yang di rangka dan di persetujui oleh semua kaum punya dua matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum telah berjaya meningkatkan taraf hidup semua kaum terutama kaum Cina yang hamper 200 tahun terkehadapan berbanding orang Melayu. Tidak heranlah kalau kita mengunjungi pusat pusat beli belah seperti KLCC, One Utama, Pavilion atau MidValley jarang sekali ternampak kedai milik Bumiputera, kecuali The Loaf kepunyaan Dr Mahathir di Pavilion atau Nor Arfa Batik di One Utama. Begitu juga kaum India yang selama ini menuduh kaum mereka di pinggir menguasai hampir keseluruhan premis perniagaan di Jalan Mesjid India, Brickfields berbanding tidak ada satu pun bangunan, premis perniagaan yang di miliki oleh individu Bumiputra. Seharus nya Bo Cheng menghitung premis yang sama di Johor Baru atau Batu Pahat. Malah kalau di tinjau apartment mewah di Mont Kiara, Sri Hartamas atau di sekeliling KLCC jelas kelihatan siapa sebenarnya mangsa Aparteid. Ini tidak termasuk di kawasan elit seperti Sierra Mas, Mont Kiara , Jalan Duta di mana di sini lah tinggal nya kebanyakan pengkritik DEB yang hidup mereka serba mewah dengan banglo tanpa pagar yang di kawal 24 jam. Siapa kah mereka ini ? berapa orang penghuni Melayu yang mampu tinggal di sini kecuali Melayu yang menjadi pengkritik utama DEB. Apa kah Ramasamy buta mata dengan siapa yang tinggal di Minden Heights , Persiaran Gurney ? Pernahkah Ramasamy terjumpa rumah orang Melayu yang di anggap menjajah kaum lain ?
Kalaulah DEB hanya memperkayakan hanya kroni UMNO masakan dari 40 orang terkaya di Malaysia hanya ada 8 orang Melayu yang kalau di campur keseluruhan harta mereka tidak sampai pun 20% apa yang di miliki oleh Robert Kuok atau Ananda Krishnan. Apa kah 32 orang bukan Melayu yang berusaha gigih mencari harta di negara bertuah ini semua nya kroni UMNO ? Ketua Pembangkang dan kuncu kuncu nya yang dulu bermaharajalela selama 16 tahun sebagai Menteri Kewangan, Setiausaha Politik mungkin boleh memberi jawapan kepada rakan mereka dari DAP, PAS apa yang telah mereka rompak selama 16 tahun di dalam kerajaan. Mungkin mereka boleh memberitahu rakyat berapa banyak saham HICOM, TNB, Telekom dan jutaan saham lain termasuk di Sabah Shipyard, Sikap Power ,Advance Synergy dan ratusan syarikat lain yang mereka kuasai terutama sebelum Krisis Kewangan 1997. Janganlah bila menjadi pembangkang, menjadi pemimpin tertinggi PAS, mereka mula bercakap tentang keadilan, kesamarataan sedangkan seperti kata pepatah " Berkokok berderai derai tapi ekor bergelumang dengan tahi." Selama 16 tahun mereka ini lah yang terlibat dengan penyingkiran Tun Salleh Abas, terlibat dengan Isu Raja Raja Melayu dan berbagai isu yang sekarang ini mereka timbulkan di Parlimen. Apa yang telah mereka lakukan terhadap AUKU ? Apa yang mereka lakukan tentang rasuah ? Sebalik nya bersekongkol melakukan kerja kerja haram sehinggakan dari hanya seorang tenaga pengajar di Kolej Swasta mampu tinggal di Bukit Damansara dengan pakaian berjenama lengkap dengan Image Consultant. Kenapa dulu mereka ini membisu tentang DEB. Pemimpin PAS juga yang mendapat nikmat semasa 4 tahun bersama BN juga seharus nya tidak bersikap lidah bercabang kerana sama sama menikmati faedah dari DEB termasuk lah sebahagian berjaya memasuki Rancangan FELDA semasa Allahyarham Dato Asri menjadi Menteri Tanah & Galian.
Kalaulah alasan kaum bukan Bumi tidak terpilih menjadi kepimpinan tertinggi di IPTA, Ramasamy sepatut nya bertanya dari lebih 500 buah IPTS berapa peratus pelajar Melayu berbanding bukan Melayu dan berapa ramai kepimpinan tertinggi dari kalangan Bumiputra berbanding bukan Bumiputra. Kalaulah kaum lain di pinggirkan apa kah mampu lebih 80 % pelajar bukan Bumi belajar di IPTS?. Malah dengan dasar Meritokrasi yang di amalkan sejak tahun 2002, hanya sekitar 55% pelajar Bumiputra yang memohon masuki IPTA mendapat tempat berbanding lebih 70% pelajar bukan Bumi yang terpilih.
Apakah ini juga dasar Apartied ? Dasar Apartied ini juga lah yang berjaya menghantar lebih 35,000 pelajar bukan Bumi menuntut di UK, Australia, USA, Canada, India atau Taiwan berbanding hanya sekitar 25,000 pelajar bumiputra yang sebahagian besar di Timur Tengah dalam jurusan yang tidak menjanjikan peluang kerja yang baik berbanding kaum bukan Bumiputra. Malah apabila kuota biasiswa ke luar negara berasaskan kepada nisbah 55: 45 jurang di bidang pendidikan akan menjadi lebih ketara. Hakikat nya walau dalam bidang apa sekali pun samada pengangkutan, pembinaan, hartanah, walau pun mungkin Bumiputra yang mendapat kontrak, kaum lain lah yang mendapat nikmat terbesar. Jadi tak payah lah Bo Cheng dan Ramasamy bersuara melainkan mereka punya fakta untuk sama sama kita berbahas. Orang Melayu tidak mintak di sanjung atas pengorbanan mereka selama ini, tetapi sekurang kurang nya jadi lah kaum yang tahu berterima kasih atas pengorbanan tuan rumah. Cukup lah bangsa kami di hina !
Roslan Latif
Presiden Alumni Melayu Amerika Utara ( ALMA )