Sunday, March 15, 2009

Siapa RPK? Melayu munafik? Mat Saleh bingung?


SEDUTAN DARI POST RAJA PETRA KAMARUDDIN (RPK) KELMARIN:

"...aku dihantar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dari 1963 hingga 1965...aku tidak tahan dengan suasana Melayu di situ – ia merupakan kejutan budaya setelah tujuh tahun aku meluangkan masa di sekolah Inggeris. Pada 1965, ketika di Tingkatan 5, aku memohon supaya dipindahkan balik ke sekolah 'biasa'. Ayahku menghantar aku ke Victoria Institution, di mana aku kekal hingga ke Tingkatan 5 pada 1967. Oleh sebab aku tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan di samping itu pula, sentiasa di 'rag' selain digelar 'Mat Salleh Celup,' menjadikan kehidupan aku sebagai pelajar di MCKK begitu perit dan tertekan. Aku tidak bercampur dengan sesiapa dan aku tidak mempunyai ramai kawan ketika di sana..."

SEDUTAN DARI POST TERBARU HARI INI:

"...adat dan budaya Melayu amat merumitkan walaupun di kalangan orang Melayu sendiri...aku pernah berkata aku setia kepada institusi beraja. Ini tidak bermakna aku akan secara membuta memberikan kesetiaan kepada raja-raja. Ya, kepada institusi tersebut, tetapi tidak kepada raja-raja...aku hanya setia kepada raja-raja apabila mereka mempertahankan kekudusan (sanctity) institusi beraja dan bukan sebaliknya..."

Hmm, bagi seorang yang mendabik dada sebagai seorang 'anak raja berketurunan Bugis' hairan juga mendengar pengakuannya itu. Orang Melayu macam mana tak tahan dengan suasana Melayu? Munafik?...atau mengambil kesempatan rentetan sejarah bagi mendabik dada di persada politik yang bercelaru dan tidak berketentuan? Apakah itu sebenarnya manusia yang bernama Raja Petra Kamaruddin yang begitu diagungkan sebagai pejuang kebebasan? ...atau pejuang keterbabasan?

Menyorot segala pengakuan dan jejak sejarah manusia RPK itu, ketara benar dia dalam keadaan bingung sepanjang hayatnya hingga kini...tak tau sama ada dia Mat Salleh, Melayu semenanjung atau Melayu Bugis...daripada raut muka, tak nampak sikit pun macam Melayu. Daripada pemikiran pula, sentiasa bertukar-tukar mengikut pemangkin yang berubah dari hari ke hari. Jika minggu ini di dihentam sebagai anti Melayu atau anti agama, dia akan berhujah macam ulama bijak (baca: MACAM...). Bila mendapati imejnya ditenggelamkan oleh isu-siu lain, dia cuba menonjol macam hero melaungkan kebebasan, patriostisme cetek, dan liberalisme kepada apa saja yang bertentangan dengan acuan pesona baratnya. Segala yang dilakukan oleh manusia bingung bernama RPK ini hanya untuk menonjolkan dirinya...dia mahu sentiasa diagungkan masyarakat walaupun pada dasarnya perjuangannya itu tidak berpemangkin sama ada untuk menjadi pejuang politik sebenar atau pejuang kemusiaan sebenar.